Tuan Punya Blog

Foto saya
Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Seorang Mahasiswa di UiTM Shah Alam Jurusan Pengajian Sukan , SR 113

Isnin, 7 Mac 2011

Hari Keenam & Ketujuh Amali Perkhemahan Luar 2011/Survival - 2/2-3/2

Assalamualaikum...
Masuk arie keenam perkhemahan...
Seperti biasa kami bgn awal pagi menunaikan 
solat fardhu subuh berjemaah dan melakukan senaman Malaysia Cergas..


Tetapi kumpulan kami tidak melakukan senaman kerana ingin menyediakan sarapan pagi.. Nampaknya arie nie kami ditugaskan utk menyediaka nasi goreng dan air teh..Sementara itu, kumpulan lain melakukan aktiviti dalam kumpulan sementara menunggu sarapan utk disiapkan. Selesai aktiviti kami menjamah sarapan sebelum bergerak ke aktiviti perkhemahan...

Pada hari ini, kumpulan tasik chini akan melakukan aktiviti survival atau ikhtiar hidup... Walaubagaimanapun, aktiviti ini terpaksa dilewatkan kerana aktiviti ini mengambil masa 2 hari dan kumpulan tasik yg melakukan aktiviti sebelum ini masih belum pulang ke tapak perkhemahan.. Jadi, kami terpaksa melakukan aktiviti kraf perkhemahan sementara menunngu kepulangan kumpulan tersebut...

Kami memperindahkan lg tapak perkhemahan dengan memperbaiki atau memperkemaskan gadget2 perkhemahan seperti ampaian,longkang dan sebagainya.. Tetapi kami ditugaskan utk menyediakan makan tengahari.. Aktiviti masak pada pagi ini dipantau dan dibantu oleh pn.nurul ain..dan cik2 fasilitator seperti cik mira dan cik ellail ain. 

Menu pada tengahari ini agak special kerana kami akan menyediakan ayam bersalut kentucky, bubur, nasi putih, gulai nenas ikan masin dan sayur campur.. Semua membuat tugas yg disuruh oleh pn.ain... Alhamdulilah kami sempat menyediakan makan tengahari... Kemudian selepas makan tengahari dan solat zohor..kumpulan tasik kami berkumpulan di khemah pusat bagi mendengar taklimat tentang aktiviti suvival ini...

Kami dilarang membawa ape2 barang kecuali satu beg,telekung,yaasin,sejadah dan ubatan peribadi.. Kami kemudianya diminta utk dipecahkan kepada 2 kumpulan kecil yg di anggotai 5 org dalam satu kumpulan...
Kumpulan kami gunung bintang dipecahkan kepada 2 iaitu :

  1. Gunung Bintang A : Arif Haq, Fariq, Syikin, Sahar & Sarah
  2. Gunung Bintang B : Syafiq, Aiman Jaafar, Aiman Suhaimy, Balqis & Adli Zuhaili
  3.  
Kami cuma dibekalkan mast tin, beras, gula, teh, tepung, telur, seboto air masak, sebotol air tasik, parang, 3 batang mancis dan flysheet dan kami harus menjaga barang tersebut... Sebelum pergi ke kawasan survival yg terletak jauh dari tapak perkhemahan kami dikehendaki utk berendam didalam air bg memastikan kami tidak membawa barang terarang seperti mancis tambahan atau lighter...

Kemudian kami bergerak ke kawasan survival yg memerlukan bot utk kesana.. Tiba dikawasan kami di beri taklimat sebelum memulakan survival.. Selesai taklimat kami dibawa ke tapak utk kami melakukan survival yg jauh dari kumpulan lain... Kumpulan sy, mendapat di kawasan yg jauh ke dalam..tapi itu tidak mematahkan semangat kami...

Kami dikehendaki membuat tempat berteduh dan menyalakan api kerana matahari semakin tenggelam dan hari semakin gelap... Dalam kumpulan sy, syafiq dan aiman suhaimy menyalakan api...manakala sy, aiman jaafar dan balqis menyeiakan tempat utk berteduh atau berehat..

Alhamdulilah kami sempat melakukan tugas itu sebelum hari gelap dan kami ditinggalkan dikawasan itu dengan barang yg telah dibekalkan... Kami menyediakan bubur bg alas perut utk malam itu... Kami bergilir2 tidur dan ada yg sentri pada malam itu...kami juga telah dilawat oleh cik2 fasilitator bg memantau kami dari masa ke semasa...

Semasa sy menjaga malam, sy terdengar bunyi sesuatu bergerak...kami rasa itu adalah cik bi.. Alhamdulilah ia tidak menganggu kami. Kemudian pada keesokan harinya iaitu arie ketujuh, kami bangun dan menyediakan roti twist, telur rebus serta air teh utk minum pada pagi itu... Selepas itu, kami diarahkan utk membersihkan kawasan dan memadamkaan api utk ke aktiviti seterusnya...

Aktiviti pada pagi itu adalah orienteering atau bacaan kompas.. Kami dikehendaki bergabung dengan kumpulan asal kami..dan membuat koordinat bg menjalankan aktiviti ini.. Kemudiannya kami bertukar koordinat utk memulakan aktiviti tersebut..

Alhamdulilah kami kumpulan pertama menyelesai aktiviti tesebut... Kemudian kami menjangkakan aktiviti survival telah tamat..tp bersambung pula selepas aktiviti orienteering... Adoai...adoai... Kami bertukar tempat dari lokasi semalam...

Kali ini agak mencabar kerana kami hanya dibekalakan dengan 1 batang mancis utk menyalakan api..dan air tidak disediakan... Pada ketika itu salah seowg dari kumpulan kami mengalami gastrik iaitu syafiq...
Tetapi kami tetap kuat menruskan aktivti tersebut.. Alhamdulilah tempat kami berdekatan dengan sumber kayu utk menyalakan api...

Kami juga dibekalkan beras air dan ikan utk makan tengahari... Kami terus bertahan hingga ke lewat petang...
Kami kemudianya dikehendaki utk berpindah ke kawasan yg berdekatan dengan air atau water base area dan diminta berkumpul di kawasan taklimat... Sungguh sukar dipercayai kami adalah kumpulan tasik yg paling lama melakukan aktiviti survival ini berbanding dgn kumpulan tasik yg lain..

Tetapi tuah berpihak kepada kami kerana itu adalah muslihat atau psyco fasilitator dan kami dibawa pulang ke tapak perkhemahan..walaubagaimanapun kami tetap memegang rekod melakukan aktiviti survival ini paling lama... Selepas siap membersihkan diri kami bergabung dengan kumpulan tasik lain utk melakukan aktiviti jalan malam..

Kami terpesona melihat keindahan pada waktu malam apabila dibawa di kawasan tinggi melihat bintang berkelipan begitulah semangat kumpulan kami gunung bintang... Balik di tapak perkhemahan kami kemudiannya melakukan aktiviti tresure hunt lemak manis..agak menyeronokkan dan menguji minda kami menyelesaikan petunjuk2 yg diberikan... Aktiviti tamat pada waktu subuh

*Maaf gambar aktiviti survival tidak dapat di ambil kerana kami tidak dibenarkan membawa kamera...


 Gambar sebelum aktiviti survival







Tiada ulasan:

Catat Ulasan