Tuan Punya Blog

Foto saya
Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Seorang Mahasiswa di UiTM Shah Alam Jurusan Pengajian Sukan , SR 113

Selasa, 12 April 2011

Hari Kesembilan Amali Perkhemahan Luar 2011/Gotong-royong - 5/2

Assalamualaikum
Masuk arie kesembilan amali perkhemahan rekreasi luar 2011..
Sebenarnya arie nie tidak ada aktiviti perkhemahan lagi kerana kami telah berada di shah alam bukan di tasik chenderoh.. Kami bangun awal pagi berjemahaah beramai2 di tapak kolej kenanga.. Selepas itu, kami sarapan pagi dan duduk didalam kumpulan utk mendengar sedikit taklimat pada pagi ini tntg tentetif program pada ini oleh encik fasilitator bertugas.. Pada pagi ini kami perlu bergotong royong beramai2 bg membersihkan, menyemak dan membasuh barang perkhemahan yg telah di gunakan di tasik chenderoh tempoh lalu..
Setiap kumpulan diberi tugas gotong royong seperti membasuh khemah penempatan, menyidai khemah, melipatkhemah ke dalam beg, membasuh kayak dan paddle, mengasingkan barang bg setiap kampus dan membasuh groung sheet..
Alhamdulilah kumpulan kami ditugaskan utk mengeluarkan barang dari lori dan memberi kepada kumpulan lain utk mengasingkan barang sebelum di basuh…
Sedang kami membuat kerja ada ahli kumpulan dipanggil oleh fasilitator2 untuk di nilai dan memberi markah berdasarkan kami melakukan aktiviti, displin dan kelakuan semasa kami di tasik chenderoh..
Sementara itu kami di kehendaki mengisi borang kaji selidik, membantu kumpulan lain dan membersihkan tapak kenanga.. Aktiviti gotong royong abis pada jam 12… Kemudian kami dipanggil kumpulan demi kumpulan bg penilaian dan pemberian markah oleh fasilitator2 bg sesi kedua..
Kemudian kami ditugaskan utk memasukkan barang perkhemahan kedalam lori kampus lain dan stor fsr bg kampus shah alam.. Alhamdulilah semua barang cukup dan tiada kehilanagan direkodkan…
Selepas itu kami menjamah santapan tengah hari dan menunaikan solat jemaah zohor.. dan kemudian sesi bersama fasilitator2 utk berkongsi pengalaman dan bertukar2 pandangan tentang perkhemahan kali ini..
Selepas itu para pensyarah pula mengambil tempat utk mengisi slot seterusnya.. Sebelum perkhemahan ini diakhiri.. Ketua pensyarah yg mengendali kan perkhemahan ini memberi sepatah dua kata.. dan tiupan wisel beramai2 oleh para peserta dilakukan bg melambangkan atau symbol berakhirnya amali perkhemahan rekreasi luar 2011 telah tamat.. Pelbagai perasaan tersemat dalam jiwa setiap peserta.. Apa yg pasti ianya akan menjadi pengalaman yg berguna bg setiap peserta dan diarapkan mereka memanfaatkannya..
Itu sahaja laporan terakhir bg amali perkhemahan rekreasi luar 2011
Gambar Hari Ke-sembilan :










Tiada ulasan:

Catat Ulasan