Tuan Punya Blog

Foto saya
Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Seorang Mahasiswa di UiTM Shah Alam Jurusan Pengajian Sukan , SR 113

Ahad, 20 Februari 2011

Hari Pertama Amali Perkhemahan Luar 2011/Malam Perasmian - 28/1

Assalamualaikum...
Disini bermulalah segala2nya hari jumaat bersamaan dgn 28 Januari 2011 bermulalah pengembaraan kami sebagai ahli perkhemahan...
Pada pagi jumaat sekali lagi semua para peserta perkhemahan UiTM Shah Alam turun ke stor kenanga bg membantu persiapan sebelum ke Tanjung Harapan, Tasik Chenderoh, Perak dimana disitulah kami akan melakukan amali perkhemahan luar bg subjek kami sps 133-outdoor recreation yg mengabungkan introduction & final camp..
Pada pagi tersebut semua berganding bahu utk mengeluarkan barang dari stor kenanga dan stor fsr utk diangkut ke dalam lori... semua barang2 perkhemahan..aktiviti dan kesalamatan dikumpulkan didataran kenanga bg memudahkan pemindahan barng ke dalam lori dilakukan..
Biro peralatan..aktiviti dan penempatan memastikan semua barang di bawa ke tasik chenderoh... Semua melakukan keje dengan bersungguh2 tanpa mengenal erti penat...
Sarapan disediakan pada pagi itu, kerja dihentikan pada tengahari kerana para peseta lelaki ingin menunaikan solat jumaat...
Pada jam 3petang, semua berkumpul di kolej kenanga dengan barang2 sendiri utk di kuarintin menandakan perkhemahan telah bermula..
Kemudian semua sambung utk membuat kerja yg tertangguh td..
Pada jam 4petang, 2buah lori tiba utk mengangkut barang.. Semua membantu utk memasukkan barang ke dalam lori.. Kerja2 permindahan barang ke dalam lori tamat pada jam 7 malam..

Malam Perasmian Amali Perkemahan Luar 2011

Pada tersebut telah diadakan malam perasmian amali, pada jam 8.00 malam kami menunggu ketibaan para peserta dari UiTM Cawangan Jengka, Kolej Bersekutu seperti Kolej ShahPutra dan INSTEDT..
Malam Perasmian tersebut dihadiri oleh penaung amali perkhemahan tersebut iaitu Prof. Madya Dr. Mohd. Hanafiah Abidin yg bakal merasmikan Amali Perkemahan Rekreasi Luar 2011 ini..
Turut menghadiri malam tersebut adalah penasihat-penasihat program, pensyarah jemputan dan fasilitator-fasilitator yg mengiringi kami ke perkhemahan tersebut
Program bermula pada jam 9 malam dan dipengerusikan oleh saudari Siti Zurina Asyqeen Omar..
Program dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Azamuddin Julam, seterusnya ucapan oleh pengarah projek perkhemahan iaitu saudara Fareed Esmer Fauzi..
Program diteruskan dgn ucapan daripada Ketua Penasihat Program iaitu En. Hisyam Che Mat yg mengalu-alukan para peserta perkhemahan..
Pada Kemuncak Program, ucapan daripada penaung Amali Perkemahan iaitu Prof. Madya Dr. Mohd. Hanafiah Abidin yg telah menyuntik semangat para peserta dan sekali gus merasmikan Amali Perkhemahan Rekreasi Luar 2011 yg menandakan bermulalah Pekhemahan tersebut secara rasminya...
Program berakhir dgn makan malam..
Kemudian malam tersebut diadakan aktiviti ice-breaking atau sesi suai-kenal bg mengenali kumpulan dan ahlinya dengan lebih mendalam bg memudahkan aktiviti di tasik chenderoh nanti..
Semuanya 20 kumpulan kecil dan 4 kumpulan besar..setiap kumpulan kecil dianggotai oleh 10-12 peserta
Kumpulan besar dinamakan mengikut nama tasik manakala kumpulan kecil dinamakan mengikut gunung






Tasik Bera
  1. Gunung Korbu
  2. Gunung Batu Putih
  3. Gunung Tama Abu
  4. Gunung Kinabalu
  5. Gunung Belatok
Tasik Temenggor

  1. Gunung Siku
  2. Gunung Ledang
  3. Gunung Jerai
  4. Gunung Angsi
  5. Gunung Santubong
 Tasik Kenyir


  1. Gunung Belumut
  2. Gunung Lebah
  3. Gunung Tahan
  4. Gunung Nuang
  5. Gunung Mulu

Tasik Chini
  1. Gunung Murud
  2. Gunung Gedung
  3. Gunung Chali
  4. GUNUNG BINTANG
  5. Gunung Semangkuk


Begitulah nama kumpulan besar dan kumpulan kecil..
Aktiviti tamat pada jam 12 tgh malam..
Semua Para Peserta berehat bg meneruskan pengembaraan pada besok hari...
 Itu sahaja yg dapat disampaikan ada laporan kali ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan